Tentang Muzika Hari Ini!!

r.e.h.a.t.s.e.b.e.n.t.a.r

9.4.11

salah siapa??..


diawal cerita mereka berlima..

dari kecil hingga dewasa..
segala urusan pasti bersama..
ikatan kukuh tiada tolok bandingnya..
namun kisahnya tak selama gembira..
peristiwa hitam mula turut serta..
seorang saudara bakal dilucut nyawa..
hukuman ditimpa tanpa usul periksa..
hanya dek mainan fitnah semata..
jasa pengorbanan tiada guna..
sia sia sumpah janji taat setia..
gerak tari dahulu hanya boneka..
pahlawan gah lenyap di mata dunia..
pembesar dungu riang bergelak tawa..
aturan jahat telah terlaksana..
sedih jebat terusan berduka..
ketiadaan tuah amat dirasa..
ligat akal mecatur agenda..
tekad diri menuntut bela..
pucuk dicita permudah acara..
saat bila taming sari dikurnia..
kiranya sudah sampai masa..
ditamatkan riwayat para durjana..
amukan jebat dituduh menderhaka..
kembali tuah penyelamat melaka..
akhirnya saudara bertikam sesama..

tdo jom..

7 comments:

oranglidi said...

aku rasa zaman tu ajaran yahudi sampai malaya. depa yang memecahbelahkan tuah lima bersaudara. hehehe.

beautiful_rose said...

dikhianati!

mamai said...

kau dah tak ada idea yer hahahaha

CGG said...

amboi2 beskot...

lama tak dgr ko camnie..
hahaha

si kosong said...

dongeng melayu..

lieya orange M.I. said...

biskut baca ni nak tido ker?? :p

^ C.e.n.g.k.i.h ^ said...

uish..bru trbngun dr tido..
hmm..jebat xsalah..