Tentang Muzika Hari Ini!!

r.e.h.a.t.s.e.b.e.n.t.a.r

16.3.11

tak siuman..


gila gila gila..

kenapa kau mesti begitu??..
tingkah laku seperti dungu..
cetek benar akal fikir mu..
benarkah cinta kau sedalam itu??..

gila gila gila..
jangan bersandar pada tiang sebatang..
bagaimana kelak andai ianya hilang??..
ayuh berdiri kental berpeluk tubuh..
barangkali cara begini lebih teguh..

gila gila gila..
ramai benar sudah hilang waras..
bertindak semahunya tanpa batas..
umpama kayu api rakus membakar..
walhal kunci utama hanya sabar..

gila gila gila..
kan sudah kau tahu sebelum ini..
cinta padaNya saja kau takkan rugi..
tapi itu la yang kau hindari..
jauh, jauh kau berlari pergi..

gila gila gila..
bila terdesak pandai pula kau kembali..
sujud berdoa mohon dikasihi ilahi..
bukankah sebelum ini kau lupa diri??..
kenapa baru sekarang menagih simpati??..

gila gila gila..
jangan risau, kerna Dia Maha Mengasihi..
jadi sedarlah usah lagi dibuai mimpi..
mari bersiap perkemaskan diri..
menanti dihadapan mu adalah mati..
dan itu pasti..

* sekadar bermonolog sendiri..

hanya mainan kata..


cantuman abjad yang memberi makna..

punya erti tersurat tersirat dalam isi kata..
tertakluk pada tafsiran minda..
samada ditolak atau terima..
susunan kata membawa manis bicara..
himpunan kata memberi pelbagai rasa..
limitasi bukan hanya suka duka semata..
bahkan mampu merangkumi semua..
sesiapa saja pasti bisa..
kerna ia hanyalah mainan kata..


15.3.11

jangan sesekali..



buat anda dan mereka diluar sana..
tabah dan jangan pernah menyerah..


11.3.11

manusia bodoh..


sakit bila bermain dengan perasaan..
kejam bila mempermainkan perasaan..
apa yang berlaku biar berlalu..
yang lepas biar lepas..
jangan pernah menyesal..
itukan pengalaman..
pengalaman yang mendewasakan..
yang berlaku sudah suratan..
tapi semua atas pilihan..
jadi tak perlu menyesal bukan??..
fikir sebelum buat keputusan..
aku manusia bodoh..
tapi takkan selamanya bodoh..

9.3.11

tak cukup pantas..


datang dan pergi..
patah tumbuh hilang berganti..
pengalaman menjadi kenangan..
mencorak warna warni kehidupan..
takkan ada seri andai tidak dicari..
takkan ada duka andai tiada penawarnya..
dan aku terima hakikat..
sekali lagi aku terlewat..