Tentang Muzika Hari Ini!!

r.e.h.a.t.s.e.b.e.n.t.a.r

16.3.11

tak siuman..


gila gila gila..

kenapa kau mesti begitu??..
tingkah laku seperti dungu..
cetek benar akal fikir mu..
benarkah cinta kau sedalam itu??..

gila gila gila..
jangan bersandar pada tiang sebatang..
bagaimana kelak andai ianya hilang??..
ayuh berdiri kental berpeluk tubuh..
barangkali cara begini lebih teguh..

gila gila gila..
ramai benar sudah hilang waras..
bertindak semahunya tanpa batas..
umpama kayu api rakus membakar..
walhal kunci utama hanya sabar..

gila gila gila..
kan sudah kau tahu sebelum ini..
cinta padaNya saja kau takkan rugi..
tapi itu la yang kau hindari..
jauh, jauh kau berlari pergi..

gila gila gila..
bila terdesak pandai pula kau kembali..
sujud berdoa mohon dikasihi ilahi..
bukankah sebelum ini kau lupa diri??..
kenapa baru sekarang menagih simpati??..

gila gila gila..
jangan risau, kerna Dia Maha Mengasihi..
jadi sedarlah usah lagi dibuai mimpi..
mari bersiap perkemaskan diri..
menanti dihadapan mu adalah mati..
dan itu pasti..

* sekadar bermonolog sendiri..

4 comments:

Frodo Baggins said...

uiit beskot gila gila gila lama aku tak masook sini dol

mati pasti hidup insyaallah keh3x

beskot said...

frodo]>>
ahaha.tu la psl..
da lame x aktif..

~CiK TiNieY~ said...

best2...satu puisi utk kesedaran diri...;)

beskot said...

]>>tiniey
tq²..